TAZKIRAH PAGI - Mulakan Hari Mu Dengan al-Quran

Sabda Nabi saw: "Seutama-utama ibadah umatku ialah membaca Al-Quran.[Hadith riwayat Al-Baihaqi] Selamat Beramal...Jom baca, fahami dan amal suruhan al-Quran.

TAZKIRAH JUMAAT-Muliakanlah kedatangan Penghulu Segala Hari

Sebaik-baik hari yg terbit pdnya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu diciptakan Adam,dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pd hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat.(Hadis riwayat Muslim).

BANYAKKAN KEBAIKAN-Apabila hatinya kuat,maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermatlamat

Abdullah bin Abbas bkata Sesungguhnya pd kebaikan itu ada cahaya pd wajah, sinar pd hati, kelapangan pd rezeki dan kekuatan pd badan serta kecintaan di hati ramai org terhadap dirinya.

Rasulullah saw pernah bkata pd Bilal- Wahai Bilal, rehatkan kami dgn solat -[HR Imam Ahmad]

SOLAT SATU KEREHATAN ♥Ini bermakna, solat merupakan punca kerehatan diri seseorang.Jika anda penat dan letih bekerja, maka solatlah nescaya kita akan kembali segar♥

KALAM SAHABAH

Duduk berseorangan lebih baik drpd bergaul dgn orang yg jahat dan berdamping dgn orang yg soleh lebih baik drpd duduk berseorangan Abu Zar al-Ghifari.

Sunday 20 April 2014

Qasidah Ya Hanana - With Arab & Malay Lyrics



Halaman Link Ini akan menghantar anda kepada Pusat Pendidikan Al Barakah Pondok Pengajian Moden
>>  http://albarakah.org/.

Doakan Semua Crew dan Penumpang #MH370 Selamat. In Sha Allah. Miracles Do Happen !



Untuk MendengarQasidah Ya Hanana - With Arab & Malay Lyrics
Sila KLIK BUTTON PLAY

P/S Harap dapat LIKE  dan Share Artikel ini jika anda Suka (Sharing is caring.. :)...atau UNTUK KE LAMAN UTAMA Semula >> KLIK DISINI

Mulakan Hari Mu Dengan Membaca Al-Quran

Mulakan Hari Mu Dengan Membaca Al-Quran

Assalamualaikum

Mulakan Harimu Dengan al-Quran

Mulakan hari ini dengan membaca Al-Quran... Sebelum mulakan tugas, elok di buka dan baca Al-Quran dahulu... Semua kita sepatutnya ada senaskah Al-Quran di meja kerja masing-masing...

Mulakan dengan membacanya 5 minit setiap hari. Dengan langkah pertama inilah, Insya Allah anda akan menjadikan 5 minit itu kepada 10 minit, kemudian setengah jam, sejam atau mungkin lebih…

Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi lebih bermakna jika kita faham akan maksudnya. Pastikan kita mempunyai tafsir Quran dalam bahasa yang kita lebih fahami. Cuba untuk membaca tafsiran ayat untuk apa yang telah kita baca pada hari tersebut…

Tujuannya ialah agar dengan berkat Al-Qur'an itu apa jua tugas dan khidmat kita untuk kehidupan di dunia ini, akan sentiasa terpimpin atau dipandu oleh petunjuk dan hidayah Allah swt, sesuai dengan sifat Al-Quran itu sendiri sebagai 'Hudan Lilmuttaqin' yakni petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa ..."

Sabda Nabi saw:
"Seutama-utama ibadah umatku ialah membaca Al-Qur'an."[Hadith riwayat Al-Baihaqi]

♥Selamat Beramal...Jom baca, fahami dan amal suruhan al-Quran♥

P/S Harap dapat LIKE  dan Share Artikel ini jika anda Suka (Sharing is caring.. :)...atau UNTUK KE LAMAN UTAMA Semula >> KLIK DISINI

Bio dan Profile Official Blog - Azah Aziz

Terima kasih kerana mengunjungi blog Azah Aziz . Disini anda boleh perolehi maklumat lanjut mengenai blog ini dan penulisnya. Ruangan ini akan cuba dikemaskinikan sekerap mungkin untuk memberikan maklumat yang lebih terkini.

Blog ini dibangunkan setelah saya rasa tidak dapat mencatatkan banyak perkara yang saya fikirkan menarik. Banyak perkara telah dilalui, pelbagai pengalaman ditempuhi saya rasakan blog merupakan medium yang terbaik untuk saya kongsi. Terasa benar betapa ruginya saya tidak dapat berkongsi apa yang saya fikir dan saya rasakan dengan orang lain. Sedangkan ilmu yang baik itu adalah satu amal . Umpama pohon rendang yang meneduhkan.

Blog ini, sekadar berkongsi minat dan pandangan, khususnya dalam bidang yang saya sendiri minati. Khusus untuk mereka yang saya hargai, kehidupan yang saya lalui, dan perkara yang berlalu pantas disekeliling yang sempat saya catatkan. Saya hargai mereka yang ingin berada di dalam lingkungan kehidupan saya.

Blog ini adalah blog peribadi saya. Segala entri yang saya nukilkan adalah berdasarkan kepada pemerhatian, pengalaman dan pembacaan.

Saya mula tertarik dan minat kepada dunia blog ini setelah membaca entri blog rakan-rakan lain.  Walaupun isi kandungannya blog ini berkisarkan kepada diari penulis kepada entri di blog lain, majalah ataupun suratkhabar, tetapi saya berharap melalui penulisan blog ini, ia membuatkan diri ini semakin kuat untuk membaca dan mengambil tahu segala benda yang berlaku di sekeliling. Ini adalah baik untuk diri sendiri  kerana dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan seterusnya dikongsikan bersama orang lain.

Sebarang pandangan pengunjung di blog ini saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kerana melalui komen anda menambahkan semangat untuk menulis lebih banyak entri yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Akhir sekali, saya tak pernah anggap diri sebagai pakar pelaburan hartanah, pakar kewangan, pakar motivasi, pakar perniagaan, atau pakar dalam apa sahaja yang saya tulis. Saya hanyalah seorang sahabat yang inginkan kebaikan kepada sahabat yang lain. Saya sekadar menyahut saranan Nabi s.a.w, “sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat”. Saya sekadar berkongsi dengan menyampaikan apa yang saya tahu walaupun sedikit.

Terima kasih kerana berziarah ke Azah-Aziz74.blogspot.com  yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.
Ikhlas dari Puan Azah Aziz

P/S Harap dapat LIKE  dan Share Artikel ini jika anda Suka (Sharing is caring.. :)...atau UNTUK KE LAMAN UTAMA Semula >> KLIK DISINI

satu perkongsian yang menarik....

Video Meraikan Lambaian Syawal 1436H - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI