Sunday 20 April 2014

Bio dan Profile Official Blog - Azah Aziz

Terima kasih kerana mengunjungi blog Azah Aziz . Disini anda boleh perolehi maklumat lanjut mengenai blog ini dan penulisnya. Ruangan ini akan cuba dikemaskinikan sekerap mungkin untuk memberikan maklumat yang lebih terkini.

Blog ini dibangunkan setelah saya rasa tidak dapat mencatatkan banyak perkara yang saya fikirkan menarik. Banyak perkara telah dilalui, pelbagai pengalaman ditempuhi saya rasakan blog merupakan medium yang terbaik untuk saya kongsi. Terasa benar betapa ruginya saya tidak dapat berkongsi apa yang saya fikir dan saya rasakan dengan orang lain. Sedangkan ilmu yang baik itu adalah satu amal . Umpama pohon rendang yang meneduhkan.

Blog ini, sekadar berkongsi minat dan pandangan, khususnya dalam bidang yang saya sendiri minati. Khusus untuk mereka yang saya hargai, kehidupan yang saya lalui, dan perkara yang berlalu pantas disekeliling yang sempat saya catatkan. Saya hargai mereka yang ingin berada di dalam lingkungan kehidupan saya.

Blog ini adalah blog peribadi saya. Segala entri yang saya nukilkan adalah berdasarkan kepada pemerhatian, pengalaman dan pembacaan.

Saya mula tertarik dan minat kepada dunia blog ini setelah membaca entri blog rakan-rakan lain.  Walaupun isi kandungannya blog ini berkisarkan kepada diari penulis kepada entri di blog lain, majalah ataupun suratkhabar, tetapi saya berharap melalui penulisan blog ini, ia membuatkan diri ini semakin kuat untuk membaca dan mengambil tahu segala benda yang berlaku di sekeliling. Ini adalah baik untuk diri sendiri  kerana dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan seterusnya dikongsikan bersama orang lain.

Sebarang pandangan pengunjung di blog ini saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kerana melalui komen anda menambahkan semangat untuk menulis lebih banyak entri yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Akhir sekali, saya tak pernah anggap diri sebagai pakar pelaburan hartanah, pakar kewangan, pakar motivasi, pakar perniagaan, atau pakar dalam apa sahaja yang saya tulis. Saya hanyalah seorang sahabat yang inginkan kebaikan kepada sahabat yang lain. Saya sekadar menyahut saranan Nabi s.a.w, “sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat”. Saya sekadar berkongsi dengan menyampaikan apa yang saya tahu walaupun sedikit.

Terima kasih kerana berziarah ke Azah-Aziz74.blogspot.com  yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.
Ikhlas dari Puan Azah Aziz

P/S Harap dapat LIKE  dan Share Artikel ini jika anda Suka (Sharing is caring.. :)...atau UNTUK KE LAMAN UTAMA Semula >> KLIK DISINI

0 comments:

Post a Comment

satu perkongsian yang menarik....

Video Meraikan Lambaian Syawal 1436H - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI